.... Assalamualaikum W.B.T pada semua yang bru berkunjung ke blog ana yg serba kekurangan ni .. sme2 la kte berkongsi ilmu ..mencari keredhaan ALLAH SWT ..
yg buruk itu dtg dri sya ..
yg baik itu dtg dr Allah SWT ..
mn2 yg silap bole la menegur kesilapan sya ..
Allah ..
:)

Thursday, March 8, 2012

Cerita-cerita motivasi untuk IMAN ,, -karya Ainol khusyairi Radzi

UMAR DENGAN KEBUN KURMANYA.


Umar bin Khatab adalah salah seorang daripada empat orang sahabat karib Nabi Muhammad saw.Salah seorang isteri Nabi Muhammad yang bernama Hafsah adalah anak perempuan Umar.

Selepas Nabi Muhammad meninggal wafat ,Umar menjadi khalifah yang kedua dan yang paling kreatif serta inovatif dalam sejarah perkembangan politik dan ketatanegaraan islam.Beliau juga di kenal dalam buku-buku sejarah moden di barat dengan nama Omar Farouk atau Omat The Great.

Dalam sejarah islam selepas nabi Muhammad wafat, Umar adalah tokoh yang paling berjaya sebagai Ketua Negara Islam. Di bawah kepimpinanya lah agama islam berkembang paling pesat dan paling meluas.

Umar seorang yang kaya dan mempunyai banyak harta.Pada satu hari, Umar bin Khatab meninjau-ninjau kebun kuramnya, Beliau begitu asyik menjaga kebun kurmanya sehingga tidak menyedari masa berlalu.

Selepas puas berada di kebun , Beliau pun pulang,Setibanya di bandar Madinah,beliau melihat ramai orang sedang berpusu-pusu keluar dari masjid.Rupa-rupanya, mereka baru selesai menunaikan solat asar pada petang itu.Barulah Umar tersedar beliau sudah terlupa solat asar bersama-sama mereka di masjid.

"Oh Tuhan!!" kata Umar kecewa dengan dirinya sendiri.

Beliau menyesal kerana terlupa solat bersama-sama orang islam yang lain di masjid.Kelupaanya di sebabkan beliau terlalu asyik dengan kebun kurma kesayangannya.

"Oh Tuhan, Engkau yang menjadi saksi. Saya serahkan kebun kurma saya ini kepada fakir miskin sebagai balasan kelalaian saya," kata Umar.

No comments:

Post a Comment