.... Assalamualaikum W.B.T pada semua yang bru berkunjung ke blog ana yg serba kekurangan ni .. sme2 la kte berkongsi ilmu ..mencari keredhaan ALLAH SWT ..
yg buruk itu dtg dri sya ..
yg baik itu dtg dr Allah SWT ..
mn2 yg silap bole la menegur kesilapan sya ..
Allah ..
:)

Thursday, March 8, 2012

Cerita-cerita motivasi untuk IMAN ,, -karya Ainol khusyairi Radzi

KASIH PADA BANGKAI


Pada suatu hari , Nabi Muhammad bersama dengan seorang shabatnya yang bernama Jabir sedang berjalan di dalam bandar Madinah melalui sebuah pasar.Kelihatan ramai orang berkunjung ke pasar itu bagi urusan berdagang,membeli belah dan sebagainya.

Sedang Nabi Muhammad dan jabir sahabatnya itu meninjau-ninjau keadaan pasar di situ,tiba-tiba beliau ternampak bangkai kambing yang cacat sebelah telinganya.nabi Muhammad mengangkat bangkai kembing itu dengan memegang sebelah telingnya lagi.

"Ada sesiapa antara saudara-saudara yang suka kepada kambing ini,dan mahu membelinya dengan harga satu dirham sahaja ?" tanya Nabi Muhammad kepada orang ramai.

Orang ramai yang melihat peristiwa itu terpinga-pinga mendengar tawaran itu.

"Tiada siapa yang suka kambing itu. Untuk apa?" jawab mereka.

"Bagaimana kalau bangkai ini saya berikan percuma sahaja?" tanya nabi Muhammad lagi.

"Sekali pun kambing itu masih hidup tiada siapa yang mahu, ia kambing cacat .Apatah lagi yang sudah jadi bangkai," kata mereka yang tidak suka melihat bangkai kambing itu.

Sesudah mendengar mereka berkata demikian, Nabi Muhammad pun menjelaskan maksud tawaran beliau tadi.

"ketahuilah. Dunia ini lebih buruk daripada bangkai kambing ini."

Dunia ini ibarat bangkai. Malah ia lebih buruk daripada itu. Dunia ini di penuhi dengan tipu daya.Manusia sering terpedaya dengan kecantikkan perhiasan dunia.Kekayaan yang ada di muka bumi ini adalah perhiasan yang sering di rebut oleh manusia.kasih mereka kepada dunia menjadikan mereka lupa dan lalai kepada Tuhan.Akibatnya Tuhan tidak kasih kepada mereka.

1 comment: