.... Assalamualaikum W.B.T pada semua yang bru berkunjung ke blog ana yg serba kekurangan ni .. sme2 la kte berkongsi ilmu ..mencari keredhaan ALLAH SWT ..
yg buruk itu dtg dri sya ..
yg baik itu dtg dr Allah SWT ..
mn2 yg silap bole la menegur kesilapan sya ..
Allah ..
:)

Thursday, March 8, 2012

Cerita-cerita motivasi untuk IMAN ,, -karya Ainol khusyairi Radzi

KASIH TUHAN


Pada suatu hari , Abu Idris Khaulani , seorang cendekiawan yang hidup pada zaman sahabat-sahabat Nabi Muhammad saw ,memasuki sebuah masjid di kota Damsyik di Syria. Tiba-tiba beliau ternampak seorang pemuda yang manis wajahnya dan sentiasa tersenyum.orang ramami sentiasa ada bersamanya.Apabila ada di antara mereka berselisihan faham, mereka merujuk kepada pemuda itu bagi mendapatkan penyelesaiannya.

Beliau pun bertanya kepada orang-orang tempatan yang di situ siapa gerangan pemuda itu.

"Muaz bin jabal," jawab orang tempatan di situ.

Pada keesokan paginya, beliau bergegas ke masjid bagi menunaikan solat subuh.Apabila tiba di masjid beliau dapati pemuda berwajah manis itu lebih awal sudah tiba daripadanya.Pemuda itu sedang bersolat.

Abu Idris ingin bertemu pemuda itu lalu di tunggunya.Apabila pemuda itu selesai solat ,Abu Idris segera menghampirinya dan memberi salam hormat. Pemuda itu menjawab salamnya dengan mesra.

"Saya menyukai saudara kerana Tuhan," kata Abu Idris secara jujur.

"Kerana Tuhan?" tanya Muaz bin Jabal.

"Kerana Tuhan jualah," jawab Abu Idris.

"Kerana Tuhan ?" Muaz bin Jabal bertanya lagi bagi memastikannya.

"Kerana Tuhan jualah," jawab Abu Idris dengan yakinnya.

Mendengar itu ,MUaz bin Jabal memegang hujung kain serban Abu Idris dan menariknya hampir kepadanya.

"bergembiralah !" kata Muaz bin Jabal kepada pemuda itu.

kemudian dia menyambung, "Saya pernah mendengar Nabi Muhammad berkata, "Tuhan berkata : Setiap orang yang mengasihi orang lain kerana Aku ,dia akan Aku kasihi. Begitu juga , Aku kasih kepada sesiapa yang suka duduk bersama-sama orang lain, saling ziarah menziarahi, dan membelanjakan hartanya keran Aku,"

No comments:

Post a Comment